Thursday, April 2, 2009

Money Back Guaranteed

Pulangan semula Bayaran Anda! BETUL KE


Saya beli dulu pasal janji mamat tu,katanya gerenti buat duit,cara mudah,teknik tersendiri,jana duit dari rumah,dapat duit lebih.kalau tak boleh buat ke, payah ke,susah ke, fed-up ke dan macam-macam lagi boleh minta duit balek.Duit akan di pulangkan tanpa banyak soal tapi bila aku minta balek bukan duit yang dapat,sumpah seranah berbakul yang dia bagi.Dakwa dalam promosi dapat ribu-ribu USD.Aku minta balek duit aku pun bukannya banyak,seratus pun tak sampai pasal malas nak buat kerana mengabiskan masa aku dan serabutkan Otak aku.Itu pun tak boleh nak bagi.Nampak sangat PEMBOHONGAN dalam program yang dia jual tu.Oleh itu berhati-hati lah dengan kebanyakkan promosi yang ada kat luar tu.Yang pasti kesemuanya yang jual program tu tidak dapat di kenalpasti,di hubungi dan di kenali.Lepas tu saya bertekad akan usahakan sampai dapat.Banyak masa saya terbuang.Duit minyak jangan kira la pasal nak minta tolong pada kenkawan yang lebih tau dari saya.Nak tanya melalui talipon payah sikit pasal benda yang aku nak tanya pun aku tak tau...kena tunjuk kat diorang.Dekat tiga bulan baru nak siap satu Blog yang Complete.Bila dah siap baru rasa lega.Pasal tu aku nak ajar ( apa yg aku tau ) pada semua orang secara PERCUMA,FREE,TAK KENA BAYAR dan yang sewaktu dengan nya.Kalau ade sesapa yang pandai tu nak tokok tambah lagi kan ke bagus.Kita bukan nak amik duit korang tapi duit Co. besar tu.......

Nota : Bila dah ade acc.@gmail pergi ke www.blogger.com/start.Sign in kat situ gunakan password gmail anda.Anda akan di bawa ke Sign up for Blogger.Kat situ akan keluar email add.anda dan nama anda.Diplay name yang kosong tu anda hentam la nama yang anda inginkan tertera kat blog anda.Klik kat acceptance pas tu klik kat continue...

Wednesday, April 1, 2009

Mula cari duit

Kita nak bermula.


Aku beli dulu pasal program tu kata, kerja mudah ; Hakikatnya teramat lah perit.Dah lah Programnya tak cukup detail,bayak yang hilang kelamkabut aku di buatnya.Bagi mereka yang tau pasal komputer memang la mudah, aku yang tak tau ni camner. Katanya lagi satu blog amik masa 1 jam aje untuk siap bagi orang baru tapi aku nak buat satu amik masa 5 hari. Malam stat kul 10pm. Kul 3 pagi tak siap-siap.Esok tu sambung balek.10 - 3,10 - 2,10 - 3,10 - 3, Isteri pun angin satu badan pasal tidur sorang-sorang. Tak Tension ke camtu.
Sambil cerita saya cuba tunjukkan cara nak buat blog dan cari duit sikit.

Nota :
Mula-mula sekali nak kena daftar atau buka acc. ngan @Gmail.Pasal banyak benda atau program ni pakai Google.Semua nak kena Google. Yahoo tak boleh katanya, pasal ape tak tau.Yang paling mudah gunakan Google Chrome.kalau takde download aje.Free tak payah bayar dan juga rasanya mudah sikit nak buat blog.Takde banyak problem.

Belajar cari duit dari komputer

Usaha tambah hasil

Maaf la mukadimahnya panjang sangat,tak jugak stat mengajar lagi. Semuanya bermula kerana terpengaruh dari salah satu dari beratus program yang ade tu. Saje nak melepaskan geram, sakit hati, bengkak dan macam-macam lagi yang terbuka kat hati ku yang kecik tu. Dalam program tu kata :

1) Orang yang tak pandai pasal computer pun boleh buat ;
Hakikat yang sebenarnya amatlah payah. Aku nak tulis crita ni pun huruhara dibuatnya pasal Word yang aku pakai ni tak ikut ape yang nak aku susun supaya nampak jelas apa yang cuba aku sampaikan ( Harap murid2 paham semua )
2) Orang yang tak pandai bahasa computer pun boleh buat ;
Hakikat yang sebenarnya amat la memeningkan skali. Ayat yang ade kat dalam tu aku cari dalam kamus Oxford pun takde. Nasib baik lah dulu mak aku hantar gi skolah ongputih,( pandai tu tak la ) kalau tidak entah-entah jadi la cam kenkawan aku tempat kerja la ni.Ade yang skolah tinggi tapi English tungganglanggang.Nak gelak pun ade kesian pun ade

Tuesday, March 31, 2009

Duit masyuk hari-hari

Jana duit 24 jam

Mungkin ade yang tertanya-tanya kenapa nak ajar PERCUMA aje. Betul ke labu sorang ni ataupun dia sama je macam Promosi kat luar sana tu. Kata free la, Percuma la, Tak payah bayar ape-ape la dan bermacam-macam lagi, ( Ade yang betul tapi sedikit-sedikit, jarang-jarang, kadang-kadang. Cam Nujum Pakblalang pulak ) yang sebenarnya ade udang di sebalik Mee. Sendiri mau ingat la. Part yang paling best skali dalam Program yang diaorang jual tu, tak abis, tamat, kabish, complete dan macam-macam serbaneka yang kurenggg. Terasa cam menuntut Silat pulak,Tok Guru turunkan Ilmu tak abis.Silap-silap boleh jadi Serigala Jadian Pulak. Angin satu badan. Kalau nak tengok contoh salah satu Promosi yang ade kat sini aku copy dan pastekan.( dulu tak tau skarang dah pandai ). Sorry la tak leh nak copy. Bila aku highlightkan dia tukar kaler. Pandai betul dia buat program tu. Ade sesapa yang boleh tolong ajar tak…Jadi Pasal tu la kat sini aku ingat nak ajar korang ape yang aku tau“TANPA SEBARANG BAYARAN”.

Nota: Bangun pagi nak gi kerja, aku tengok dalam akaun Adsense aku ade tambah USD 0.07. Alhamdulilla sape nak bagi.

Cari hasil dari Internet

Permulaan Langkah Ini

Boleh caya ke mamat yang buta tentang IT ni dapat ajar camner nak cari duit, jana duit, Buat wang dan tah ape-ape lagi dapat duit melalui Internet. Aku yang baca tulisan sendiri pun nak tergelak, tapi inilah hakikatnya. Tengok ajelah contoh Blog yang aku buat tu, nak kata bagus macam mereka-mereka yang dah pro tapi “kemut Ilmu” takde lah tapi setakat ni ade lah sikit duit yang masuk dalam akaun ADSENSE aku . Takde lah ribu-ribu macam dalam Promosi Program-Program yang ade tu. Masuk pun ciput aje tapi bila tengok dalam akaun semangat tu datang menyala-nyala ( US Dollar tu ). Mula lah dok mengadap komputer aje. Dulu adap je komputer tengok benda-benda yang takde pekdah, main game online, chatting, kacau Forummer dan bermacam-macam lagi. Buat abis duit bayar bil Streamix dan talipon. La ni dah nampak camner nak cari duit tanpa meninggalkan aktiviti yang mengabiskan duit tu.

Nota: Aku akan mengajar secara bercerita,Sesungguhnya aku memang tak tau banyak benda tentang IT

Blog buat duit - PERCUMA

Duit saku dari Internet

Ramai orang yang tau guna komputer dan ramai juga yang tak tau guna komputer. Ramai yang tau buat Blog dan ramai juga yang tak tau buat Blog. Ada yang buat blog untuk suka-suka ,meluahkan perasaan marah, sakit hati, benci, provokasi dan bermacam-macam kerenah yang ada. Ramai yang tau dalam Blog ni boleh cari duit dan ramai juga yang tak nak amik tau atau tak tau. Aku tau kat internet ni boleh cari duit poket tapi tak tau kat mana nak mula pasal senang cakap, aku "BUTA IT".( Tau pun sesikit aje ).
Nak tanya orang yang tau, tak jumpa ngan orang yang betul. Banyak yang jumpa "Kaki Kemut". Nak makan sorang-sorang. Kalau bagi tau pun sekadar kulit aje, abis camne belajar cari duit kat situ. Kat dalam Internet tu program yang nak ajar cari duit dari internet melambak-lambak ade beserta “PROMOSI” giler-giler tapi semua nak kena bayar. Apa Kata kalau kat sini aku nak ajar sekadar mana yang aku tau dalam mencari duit kat Internet ni secara "PERCUMA".Tak kena bayar.

Nota : Blog yang aku nak ajar ni macam yang korang tengok sekarang ni. Contoh yang lain pun ade, pegi je kat Blog list tepi tu…..
[Valid RSS]
Bookmark and Share